Pengembaraan Pokémon

Pengembaraan Pokémon atau dikenali di Jepun sebagai Pocket Monsters SPECIAL (ポケットモンスター SPECIAL, Poketto Monsutā SPECIAL) ialah manga berasaskan permainan video Pokémon.Komik ini ditulis oleh Hidenori Kusaka dan dilukis oleh Mato (jilid 1-9), kemudian Mato diganti oleh Satoshi Yamamoto (jilid 10-sekarang). Watak utama dan rakan-rakannya sering bertukar oleh kerana mengikut permainan videonya. Bermula dengan Kanto hingga ke Sinnoh.